Thursday, December 24, 2009
sejenak bersama sejarah orang asli che wong di Kuala Gandah
Sejarah Awal Orang Asli Che Wong..
Orang asli Che wong hanya terdapat di Kuala Gandah Lanchang Pahang. Menurut Ketua Penduduk disitu iaitu Batin Bak, menceritakan bahawa cerita yang telah diturunkan secara lisan sejank zaman datok neneknya mengatakan bahawa sejarah asal mereka adalah daripada kerabat diraja Thailand yang berhijrah ke tanah melayu. keturunan diraja itu telah membawa diri ke dalam hutan dan mengahwini salah seorang anak orang asli didalam hutan. dari situ mereka telah berkembang dan membentuk komuniti sendiri didalam hutan tersebut. Menurut beliau lagi setelah beberapa dekad duduk didalam hutan menyebabkan mereka telah serasi dan menjadi selesa begitu sehingga jarang melihat kehidupan bandar yang berkembang pesat. sehingga kini kira-kira 300 orang asli che wong tinggal di Perkampungan Sungai Enggang Lanchang Pahang dan selebihnya masih tinggal kira-kira 10 hingga 20 kilometer didalam hutan Krau Kuala Gandah Lanchang.
hidup mereka....
mereka meneruskan hidup berdasarkan hasil hutan seperti damar dan rotan. hasil-hasil tersebut dijual kepada peraih yang datang ke kampung Sungai Enggang untuk membeli dengan harga yang murah. Selain itu mereka juga memburu dan menanam padi bukit. Mereka menyara kehidupan dengan menjual padi dan binatang buruan mereka tersebut. Mereka juga menjadikan hasil buruan dan tanaman mereka sebagai sumber utama. Mereka juga pandai menangkap ikan dengan cara memedap ikan didalam sungai, memancing, menjaring, dan memanah ikan. Hasil tangkapan tersebut mereka makan dan agihkan kepada jiran-jiran sekitar. Ini adalah antara nilai murni yang mereka masih amalkan sehingga kini iaitu menjamu hasil tangkapan, buruan, dan tuaian kepada orang lain. Mereka tidak mementingkan diri sendiri.
kepercayaan dan anutan...
jika dahulu mereka tidak mengamalkan apa-apa agama tapi kini rata-rata antara mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian. Puan Zaliah binti Ali telah diberi tanggungjawab untuk mendidik mereka mengamalkan agama Islam dan mengajar mereka supaya mereka tidak ketinggalan. Selain mengajar mereka, Puan Zaliah telah membantu menaikkan taraf hidup mereka dengan mendirikan rumah kraf dan secara tidak langsung menjadikan rumah kraf itu sebagai sekolah pondok tidak formal mengajar mereka perkara asas yang perlu ada dalam kehidupan manusia dari aspek kebersihan, penjagaan diri dan keluarga, kepentingan pergaulan dan etika kehidupan manusia.
kini....
mereka kini telah pandai bergaul dan tidak malu untuk kehadapan. Mereka juga telah menghasilkan barang-barang kraftangan dan dijual kepada pelancong yang datang kesitu. Kini mereka juga ingin selari dengan pemodenan mengikut acuan mereka sendiri.
rumah kraf...
dengan terbinanya rumah kraf atau sekolah tidak formal ini yang telah diusahakan oleh Puan Zaliah dan kerjasama antara penduduk asli disitu sedikit sebanyak dapat membantu mereka menaikkan taraf hidup dengan cara menjual hasil kraf kepada orang ramai dan pelancong yang datang. Pelancong juga boleh merasai keindahan hutan yang belum diteroka dengan merentasi hutan bersama mereka jika ada antara pelancong atau pengkaji kehidupan orang asli yang mahu masuk kedalam hutan. Pelancong juga boleh merasai sendiri aktiviti bersumpit dan bersewang iaitu tarian tradisi masyarakat orang asli che wong disana. Pelancong juga boleh menderma dan memberi apa sahaja sumbangan yang ikhlas kepada mereka untuk membantu menaikkan taraf hidup mereka. Pelancong yang ingin melawat ke rumah kraf tersebut boleh datang pada bila-bila masa iaitu pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. pada hari sabtu dan ahad pelancong kebiasaanya akan datang seawal jam 8 pagi hingga 4 petang.
untuk datang melawat ke Kampung Orang Asli Che Wong dan mendalami tradisi, kebudayaan dan cara hidup mereka boleh melawat kesana yang beralamat Kampung Sungai Enggang, 28500 Lanchang Pahang. Atau menghubungi Puan Zaliah di talian 014-8040381.
semoga anda menjiwai kehidupan mereka dan sama-sama membantu mereka kearah yang lebih baik. Kedatangan anda semua dialu-alukan...

Subscribe to:
Posts (Atom)